Monday, January 21, 2019

PERBEZAAN ANTARA POLITEKNIK PREMIER, KONVENSIONAL & METRO


Ramai yang masih lagi tidak tahu untuk membezakan antara jenis-jenis politeknik yang diperkenalkan di negara ini. politeknik mempunyai jabatan yang dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. Terdapat 34 buah politeknik di seluruh negara yang menawarkan pelbagai program. Penubuhannya bertujuan untuk menampung jumlah pengambilan pelajar yang ramai setiap tahun sekaligus memastikan tiada pelajar berkelayakan tercicir akibat kuota yang terhad yang disediakan untuk kemasukan ke Universiti Awam. Berikut kami kongsikan perbezaannya.

Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Ini adalah kerana syarat kemasukan politeknik ini sama dengan syarat kemasukan ke universiti bagi peringkat diploma. Politeknik ini hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM bilamana mereka gagal mendapat tempat di Universiti Awam akibat daripada persaingan dan merit yang tinggi. Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma, Diploma lanjutan dan juga Ijazah Sarjana Muda. Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa. Politeknik Premier adalah seperti berikut :
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)


Politeknik Konvensional 

Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan pelajar dibuka kepada lepasan SPM dan ILKA lain mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPPKK. Kesemua program pengajian di politeknik adalah diperingkat Diploma dan ada sesetengah politeknik menawarkan program sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui UPU Online. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
  • Politeknik Kota Bharu, Kelantan
  • Politeknik Kuching, Sarawak
  • Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
  • Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Politeknik Melaka, Melaka
  • Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
  • Politeknik Merlimau Melaka
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
  • Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  • Politeknik Muadzam Shah, Pahang
  • Politeknik Mukah, Sarawak
  • Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
  • Politeknik Jeli, Kelantan
  • Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Politeknik Banting, Selangor
  • Politeknik Mersing, Johor.
  • Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sandakan, Sabah


Politeknik METrO

Politeknik ini ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dalam bidang dan wilayah tertentu. Sasaran pelajar adalah pelajar lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
  • Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  • Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
  • Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
  • Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMBS)
  • Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)

Diharapkan dengan perkongsian ini , anda jelas mengenai perbezaan ketiga-tiga kategori politeknik. Tidak kira dimana sekalipun anda belajar, apa yang penting diploma berkenaan perlu mendapat pengiktirafan dan kuasai ilmu yang diajarkan. majoriti pelajar lepasan politeknik, mudah ditawarkan pekerjaan kerana kaedah pembelajaran di politeknik lebih seimbang dari segi teori dan teknikal. Semoga berjaya kami ucapkan.



No comments:

Post a Comment