Monday, January 21, 2019

PERBEZAAN ANTARA POLITEKNIK PREMIER, KONVENSIONAL & METRO


Ramai yang masih lagi tidak tahu untuk membezakan antara jenis-jenis politeknik yang diperkenalkan di negara ini. politeknik mempunyai jabatan yang dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. Terdapat 34 buah politeknik di seluruh negara yang menawarkan pelbagai program. Penubuhannya bertujuan untuk menampung jumlah pengambilan pelajar yang ramai setiap tahun sekaligus memastikan tiada pelajar berkelayakan tercicir akibat kuota yang terhad yang disediakan untuk kemasukan ke Universiti Awam. Berikut kami kongsikan perbezaannya.

Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Ini adalah kerana syarat kemasukan politeknik ini sama dengan syarat kemasukan ke universiti bagi peringkat diploma. Politeknik ini hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM bilamana mereka gagal mendapat tempat di Universiti Awam akibat daripada persaingan dan merit yang tinggi. Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma, Diploma lanjutan dan juga Ijazah Sarjana Muda. Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa. Politeknik Premier adalah seperti berikut :
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)


Politeknik Konvensional 

Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan pelajar dibuka kepada lepasan SPM dan ILKA lain mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPPKK. Kesemua program pengajian di politeknik adalah diperingkat Diploma dan ada sesetengah politeknik menawarkan program sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui UPU Online. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
  • Politeknik Kota Bharu, Kelantan
  • Politeknik Kuching, Sarawak
  • Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
  • Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Politeknik Melaka, Melaka
  • Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
  • Politeknik Merlimau Melaka
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
  • Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
  • Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor
  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  • Politeknik Muadzam Shah, Pahang
  • Politeknik Mukah, Sarawak
  • Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
  • Politeknik Jeli, Kelantan
  • Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Politeknik Banting, Selangor
  • Politeknik Mersing, Johor.
  • Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
  • Politeknik Sandakan, Sabah


Politeknik METrO

Politeknik ini ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dalam bidang dan wilayah tertentu. Sasaran pelajar adalah pelajar lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
  • Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  • Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
  • Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
  • Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMBS)
  • Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)

Diharapkan dengan perkongsian ini , anda jelas mengenai perbezaan ketiga-tiga kategori politeknik. Tidak kira dimana sekalipun anda belajar, apa yang penting diploma berkenaan perlu mendapat pengiktirafan dan kuasai ilmu yang diajarkan. majoriti pelajar lepasan politeknik, mudah ditawarkan pekerjaan kerana kaedah pembelajaran di politeknik lebih seimbang dari segi teori dan teknikal. Semoga berjaya kami ucapkan.



Thursday, January 10, 2019

PERSEDIAAN MASUK KE POLITEKNIK



Politeknik akan menerima 33,387 orang pelajar baru pada Disember ini apabila pegambilan sesi Disember . Pastinya bakal siswa yang mendapat tawaran ini berasa amat teruja untuk melangkah masuk ke Politeknik Muadzam Shah. Namun begitu,bakal pelajar sekelian harus mempersiapkan diri terlebih dahulu, jika tidak ia akan menjadi masalah kepada anda semesa mengikuti pengajian kelak. Perkara yang dibincangkan dibawah dapat membimbing pelajar supaya dapat mempersiapkan diri masing-masing sebelum masuk ke politeknik.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komputer
Pelajar perlu mempunyai kemahiran teknologi maklumat (IT) dan computer kerana ia sangat diperlukan dalam pembelajaran di politeknik. Segala tugasan akademik, kertas projek dan laporan amali yang perlu disiapkan oleh pelajar harus ditaip dengan menggunakan computer. Selain daripada itu, pelajar juga boleh mencai bahan rujukan tambahan dengan melayari internet yang mempunya banyak maklumat.

Sumber Kewangan
Sumber kewangan ialah factor penting untuk menyiapkan diri melanjutkan pengajian ke politeknik. Setiap pelajar yang Berjaya ditawarkan masuk ke politeknik perlu menyediakan sumber kewangan yang mencukupi. Bayaran bagi kemasukan politeknik sebenarnya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan university di Negara kita. Bagi pelajar daripada keluarga yang berkemampuan, jumlah itu tidak menjadi satu masalah. Bagaimanapun pelajar yang benar-benar tidak berkemampuan dinasihatkan mohonlah bantuan daripada PTPTN atau Yayasan Negeri , Majlis Amanah Rakyat serta bada korporat bagi meringankan beban oleh pelajar. Bantuan yang dinyatakan diatas hanya diperolehi lewat semester pengajian. Oleh itu sumber kewangan sendiri amat diperlukan ketikamemulakan pengajian. Tanpa wang yang cukup akan mendatangkan kesulitan kepada pelajar untuk belajar di Politeknik.

Rajin Membaca
Sebagai pelajar, membaca adalah sebahagian daripada hidup anda. Sekiranya malas membaca nescaya sukar untuk menjadi pelajar cemerlang. Mereka yang Berjaya ialah mereka yang suka dan banyak membaca malah menjadikannya sebagai hobi. Selain buku pelajaran, bahan yang boleh dijadikan bahan bacaan termasuklah buku rujukan, surat khabar dan majalah ilmiah. Jangan membaca bahan yang tidak mendatangkan faedah, tidak mengembangkan minda serta member kesan negative kepada anda. Jadikan budaya membaca itu sebagai amalan anda dikampus.

Pengurusan Masa
Berjaya dalam hidup atau sebaliknya bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguruskan masa. Aturlah penjadualan waktu seharian meliputi waktu kuliah, waktu mengulangkaji, membuat tugasan, beribadat, menonton televisyen, mendengar radio, menguruskan diri, makan dan tidur. Janganlah suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan mengamalkan budaya yang tidak sihat misalnya melepak, menagih bahan yang terlarang dan berpeleseran tanpa tujuan. Membiasakan diri dengan pengurusan masa yang betul pelajar tidak akan menghadapi banyak masalah ketika di politeknik. Alangkah ruginya hidup ini jika anda tidak dapat menguruskan pengajian seterusnya mengguna dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

Berdikari
Kehidupan di kampus amat berbeza berbanding alam persekolahan. JIka zaman persekolahan pelajar dibantu oleh guru dan ibubapa dalam urusan persekolahan dan kehidupan namun di kampus semuanya berbeza. Anda harus melakukannya sendiri dan tahu bagaimana menguruskan diri, menguruskan perbelanjaan harian, malah harus pergi sendiri untuk berjumpa doctor sekiranya tidak sihat. Sebagai pelajar, penjagaan kesihatan diri termasuk aspek pemakanan amat penting supaya ia tidak mengganggu pembelajaran anda.
Alam kampus adalah sesuatu yang baru dalam kehidupan anda. Persekitaran baru, kehidupan baru, malah anda mendapat ramai rakan baru. Belajarlah bagaimana untuk tinggal dalam suasana harmoni dan baik bersama rakan sebilik. Hormatilah kehadiran mereka seperti mereka menghormati kehadiran anda. Ini semua akan dapat mengelakkan pelajar daripada mengalami kejutan budaya baru.

Keyakinan Diri
Faktor keyakinan diri banyak mempengaruhi pelajar termasuk yang cemerlang. Mungkin ada dalam kalangan pelajar berasa tidak yakin untuk Berjaya apabila melangkah ke politeknik. Oleh itu pelajar perlu meningkatkan keyakinan diri dengan menanamkan sikap berani dan yakin boleh melakukannya sama seperti pelajar lain. Keyakinan diri mampu membantu anda Berjaya dalam pengajian di politeknik. Tanamkan slogan ‘Malaysia Boleh’ dalam diri sendiri.