Tuesday, December 10, 2019
APA ITU REVOLUSI INDUSTRI 4.0
APAKAH YANG PERLU ANDA FAHAM ?
Industri keempat, Revolusi Keempat, Industri 4.0 atau Revolusi 4.0, semuanya adalah tentang perkara yang sama. Secara umumnya, ia melibatkan Internet Of Things (IOT) atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).
Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku diseluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.
Monday, December 9, 2019
Monday, June 10, 2019
TAK MINAT SAINS DAN MATEMATIK KERANA RASA 'TERBEBAN'
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau |
TUARAN : 'Terbeban' dikenal pasti antara faktor utama menyumbang kepada kurangnya penerimaan pelajar terhadap bidang sains dan matematik di sekolah. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau berkata sehingga kini sasaran sebanyak 60 peratus pembabitan pelajar sekolah menceburi bidang sains dan matematik di seluruh negara masih belum tercapai sejak ia mula disasarkan pada tahun 1967.
Beliau berkata, Laporan Sains Tahun 2015 merekodkan simptom kurang minat dalam kalangan pelajar menjadi pendorong utama kepada kekurangan daya tarikan terhadap dua mata pelajaran terbabit. "Pelajar merasakan susah atau terbeban mempelajari subjek berkenaan selain ibu bapa tidak nampak akan potensi bidang sains terhadap pembangunan negara pada masa depan.
"Untuk mengatasi perkara itu, pihak MOSTI telah melancarkan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta beberapa program lain berkaitan," katanya selepas merasmikan program Pembudayaan STEM di Sekolah Menengah Sri Nangka, dekat sini, hari ini.
Seramai 30 pelajar SMK Sri Nangka, SMK Tamparuli dan SMK Tun Fuad Stemphens menyertai program anjuran syarikat pembekal teknologi tempatan, Sogud Sdn Bhd. Mengulas lanjut, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pihaknya bercadang membina Pusat STEM kebangsaan pada tahun hadapan bagi melatih guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik, antara lain bagi memastikan isu berkenaan.
" Tanpa kedua-dua subjuk itu, adalah mustahil negara kita mampu melahirkan graduan berkelulusan tinggi dalam bidang kejuruteraan, perubatan serta bioteknologi.
"Dengan adanya graduan yang berjaya dalam bidang sains, mereka pastinya mampu menghasilkan teknologi tinggi seterusnya memacu pembangunan Malaysia ke arah negara maju," katanya.
Beliau berkata, peranan ibu bapa juga penting dalam menerapkan minat anak mereka dalam bidang sains memandangkan sektor pekerjaan industri itu menawarkan peluang pendapatan yang tinggi.
KE MANA SELEPAS SPM?
Haluan selepas SPM sememangnya menjadi dilema kepada pelajar. Ramai dalam kalangan anda yang tidak tahu apakah pilihan laluan yang boleh diambil dan apa kepentingan laluan tersebut dalam menentukan masa depan anda. Jika ada yang sudah memilih pun, pastinya tertanya-tanya adakah keputusan SPM yang diperolehi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, adakah laluan tersebut akan memperolehi ijazah dengan cepat (fast-track), bagaimana dengan kos pengajian, apakah kelebihan dan risikonya, dari segi pengiktirafan bagaimana, struktur pengajian? serta pelbagai persoalan lagi.
Oleh itu, kami kongsikan kepada anda perbandingan untuk semua iaitu 8 laluan yang wajib diambil bagi melayakkan anda menyambung pengajian ke peringkat ijazah (degree) seterusnya dianugerahkan segulung Ijazah Sarjana Muda (degree). Perbandingan adalah dari segi struktur kursus, tempoh pengajian, sesi pengambilan, kos pengajian, penilaian gred, pengiktirafan, kelebihan, kelemahan dan syarat kelayakan.
Sudah memilih haluan yang dirasakan mempunyai lebih banyak kelebihan? Jika ya, kongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain untuk manfaat bersama.
Sumber : Afterschool.my
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
FOUNDATION (ASASI AWAM & SWASTA)
DIPLOMA
MATRIKULASI KPM
AMERICAN DEGREE TRANSFER PROGRAMME
Sudah memilih haluan yang dirasakan mempunyai lebih banyak kelebihan? Jika ya, kongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain untuk manfaat bersama.
Sumber : Afterschool.my
Thursday, March 14, 2019
ANALISA KEPUTUSAN SPM 2018
PENCAPAIAN PELAJAR SPM 2018
Berikut adalah keputusan pencapaian pelajar untuk peperiksaan SPM - Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2018 yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin :
1. Keputusan keseluruhan SPM 2018 telah meningkat. Gred Purata Nasional (GPN) bertambah 4.89 berbanding 4.90 pada 2017. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
2. Sejumlah 86.4 peratus calon layak dianugerahkan sijil iaitu lulus matapelajaran wajib lulus SPM iaitu bahasa Melayu dan Sejarah.
3. Pencapaian calon bandar kekal iaitu 4.75 pada 2018 seperti tahun 2017.
4. Pencapaian calon luar bandar menunjukkan peningkatan sebanyak 0.04 iaitu GPN 5.18 berbanding 5.22 pada tahun 2017.
5. Sejumlah 61.2 peratus daripada 1,194 calon berkeperluan khas (CBK) layak dianugerahkan sijil SPM.
6. Secara keseluruhannya 61.1 peratus calon SPM 2018 telah menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.
7. Berdasarkan kualiti jawapan calon :
- 70.1% calon menguasai kemahiran menilai
- 63.2% calon menguasai kemahiran mencipta
- 56.9% calon menguasai kemahiran menganalisis
- 54.3% calon menguasai kemahiran
8. 24 daripada 63 mata pelajaran mencatat peningkatan prestasi, 37 matapelajaran menunjukkan penurunan dan dua lagi tidak berubah.
9. Lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik menunjukkan peningkatan prestasi.
10. Sebanyak 8,436 calon atau 2.2 peratus cemerlang dengan mendapat gred A+,A, A- bagi semua matapelajaran.
11. 74,360 calon atau 19% mendapat sekurang-kurangnya gred C atau kepujian.
12. 147,669 calon atau 37.7% mendapat sekurang-kurangnya gred E bagi semua matapelajaran.
13. 248,569 calon atau 63.5 peratus mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
14. 285,041 calon atau 72.5% mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian termasuk bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
15. 296,673 calon atau 75.8% menguasai dua bahasa iaitu sekurang-kurangnya lulus Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris.
16. 230,465 calon atau 58.9% peratus lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki.
Thursday, March 7, 2019
Friday, February 1, 2019
Wednesday, January 23, 2019
Monday, January 21, 2019
PERBEZAAN ANTARA POLITEKNIK PREMIER, KONVENSIONAL & METRO
Ramai yang masih lagi tidak tahu untuk membezakan antara jenis-jenis politeknik yang diperkenalkan di negara ini. politeknik mempunyai jabatan yang dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti. Terdapat 34 buah politeknik di seluruh negara yang menawarkan pelbagai program. Penubuhannya bertujuan untuk menampung jumlah pengambilan pelajar yang ramai setiap tahun sekaligus memastikan tiada pelajar berkelayakan tercicir akibat kuota yang terhad yang disediakan untuk kemasukan ke Universiti Awam. Berikut kami kongsikan perbezaannya.
Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Ini adalah kerana syarat kemasukan politeknik ini sama dengan syarat kemasukan ke universiti bagi peringkat diploma. Politeknik ini hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM bilamana mereka gagal mendapat tempat di Universiti Awam akibat daripada persaingan dan merit yang tinggi. Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma, Diploma lanjutan dan juga Ijazah Sarjana Muda. Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa. Politeknik Premier adalah seperti berikut :
- Politeknik Ungku Omar (PUO)
- Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
- Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan pelajar dibuka kepada lepasan SPM dan ILKA lain mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPPKK. Kesemua program pengajian di politeknik adalah diperingkat Diploma dan ada sesetengah politeknik menawarkan program sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui UPU Online. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
- Politeknik Kota Bharu, Kelantan
- Politeknik Kuching, Sarawak
- Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
- Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
- Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
- Politeknik Melaka, Melaka
- Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
- Politeknik Merlimau Melaka
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
- Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
- Politeknik Muadzam Shah, Pahang
- Politeknik Mukah, Sarawak
- Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
- Politeknik Jeli, Kelantan
- Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
- Politeknik Banting, Selangor
- Politeknik Mersing, Johor.
- Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
- Politeknik Sandakan, Sabah
Politeknik METrO
Politeknik ini ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dalam bidang dan wilayah tertentu. Sasaran pelajar adalah pelajar lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling. Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. Politeknik dibawah kategori ini adalah :
- Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
- Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
- Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMBS)
- Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
Diharapkan dengan perkongsian ini , anda jelas mengenai perbezaan ketiga-tiga kategori politeknik. Tidak kira dimana sekalipun anda belajar, apa yang penting diploma berkenaan perlu mendapat pengiktirafan dan kuasai ilmu yang diajarkan. majoriti pelajar lepasan politeknik, mudah ditawarkan pekerjaan kerana kaedah pembelajaran di politeknik lebih seimbang dari segi teori dan teknikal. Semoga berjaya kami ucapkan.
Thursday, January 10, 2019
PERSEDIAAN MASUK KE POLITEKNIK
Politeknik akan menerima 33,387
orang pelajar baru pada Disember ini apabila pegambilan sesi Disember .
Pastinya bakal siswa yang mendapat tawaran ini berasa amat teruja untuk
melangkah masuk ke Politeknik Muadzam Shah. Namun begitu,bakal pelajar
sekelian harus mempersiapkan diri terlebih dahulu, jika tidak ia akan menjadi
masalah kepada anda semesa mengikuti pengajian kelak. Perkara yang dibincangkan
dibawah dapat membimbing pelajar supaya dapat mempersiapkan diri masing-masing
sebelum masuk ke politeknik.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komputer
Pelajar perlu mempunyai kemahiran
teknologi maklumat (IT) dan computer kerana ia sangat diperlukan dalam
pembelajaran di politeknik. Segala tugasan akademik, kertas projek dan laporan
amali yang perlu disiapkan oleh pelajar harus ditaip dengan menggunakan
computer. Selain daripada itu, pelajar juga boleh mencai bahan rujukan tambahan
dengan melayari internet yang mempunya banyak maklumat.
Sumber Kewangan
Sumber kewangan ialah factor penting
untuk menyiapkan diri melanjutkan pengajian ke politeknik. Setiap pelajar yang
Berjaya ditawarkan masuk ke politeknik perlu menyediakan sumber kewangan yang
mencukupi. Bayaran bagi kemasukan politeknik sebenarnya jauh lebih murah jika
dibandingkan dengan university di Negara kita. Bagi pelajar daripada keluarga
yang berkemampuan, jumlah itu tidak menjadi satu masalah. Bagaimanapun pelajar
yang benar-benar tidak berkemampuan dinasihatkan mohonlah bantuan daripada
PTPTN atau Yayasan Negeri , Majlis Amanah Rakyat serta bada korporat bagi
meringankan beban oleh pelajar. Bantuan yang dinyatakan diatas hanya diperolehi
lewat semester pengajian. Oleh itu sumber kewangan sendiri amat diperlukan
ketikamemulakan pengajian. Tanpa wang yang cukup akan mendatangkan kesulitan
kepada pelajar untuk belajar di Politeknik.
Rajin Membaca
Sebagai pelajar, membaca adalah
sebahagian daripada hidup anda. Sekiranya malas membaca nescaya sukar untuk
menjadi pelajar cemerlang. Mereka yang Berjaya ialah mereka yang suka dan banyak
membaca malah menjadikannya sebagai hobi. Selain buku pelajaran, bahan yang
boleh dijadikan bahan bacaan termasuklah buku rujukan, surat khabar dan majalah
ilmiah. Jangan membaca bahan yang tidak mendatangkan faedah, tidak
mengembangkan minda serta member kesan negative kepada anda. Jadikan budaya
membaca itu sebagai amalan anda dikampus.
Pengurusan Masa
Berjaya dalam hidup atau
sebaliknya bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguruskan masa. Aturlah
penjadualan waktu seharian meliputi waktu kuliah, waktu mengulangkaji, membuat
tugasan, beribadat, menonton televisyen, mendengar radio, menguruskan diri,
makan dan tidur. Janganlah suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak
mendatangkan faedah dan mengamalkan budaya yang tidak sihat misalnya melepak,
menagih bahan yang terlarang dan berpeleseran tanpa tujuan. Membiasakan diri
dengan pengurusan masa yang betul pelajar tidak akan menghadapi banyak masalah
ketika di politeknik. Alangkah ruginya hidup ini jika anda tidak dapat
menguruskan pengajian seterusnya mengguna dan memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin.
Berdikari
Kehidupan di kampus amat berbeza
berbanding alam persekolahan. JIka zaman persekolahan pelajar dibantu oleh guru
dan ibubapa dalam urusan persekolahan dan kehidupan namun di kampus semuanya
berbeza. Anda harus melakukannya sendiri dan tahu bagaimana menguruskan diri,
menguruskan perbelanjaan harian, malah harus pergi sendiri untuk berjumpa
doctor sekiranya tidak sihat. Sebagai pelajar, penjagaan kesihatan diri
termasuk aspek pemakanan amat penting supaya ia tidak mengganggu pembelajaran
anda.
Alam kampus adalah sesuatu yang
baru dalam kehidupan anda. Persekitaran baru, kehidupan baru, malah anda
mendapat ramai rakan baru. Belajarlah bagaimana untuk tinggal dalam suasana
harmoni dan baik bersama rakan sebilik. Hormatilah kehadiran mereka seperti
mereka menghormati kehadiran anda. Ini semua akan dapat mengelakkan pelajar
daripada mengalami kejutan budaya baru.
Keyakinan Diri
Faktor keyakinan diri banyak
mempengaruhi pelajar termasuk yang cemerlang. Mungkin ada dalam kalangan
pelajar berasa tidak yakin untuk Berjaya apabila melangkah ke politeknik. Oleh
itu pelajar perlu meningkatkan keyakinan diri dengan menanamkan sikap berani
dan yakin boleh melakukannya sama seperti pelajar lain. Keyakinan diri mampu
membantu anda Berjaya dalam pengajian di politeknik. Tanamkan slogan ‘Malaysia
Boleh’ dalam diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)