Monday, June 10, 2019

TAK MINAT SAINS DAN MATEMATIK KERANA RASA 'TERBEBAN'

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

TUARAN : 'Terbeban' dikenal pasti antara faktor utama menyumbang kepada kurangnya penerimaan pelajar terhadap bidang sains dan matematik di sekolah. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau berkata sehingga kini sasaran sebanyak 60 peratus pembabitan pelajar sekolah menceburi bidang sains dan matematik di seluruh negara masih belum tercapai sejak ia mula disasarkan pada tahun 1967.

Beliau berkata, Laporan Sains Tahun 2015 merekodkan simptom kurang minat dalam kalangan pelajar menjadi pendorong utama kepada kekurangan daya tarikan terhadap dua mata pelajaran terbabit. "Pelajar merasakan susah atau terbeban mempelajari subjek berkenaan selain ibu bapa tidak nampak akan potensi bidang sains terhadap pembangunan negara pada masa depan.

"Untuk mengatasi perkara itu, pihak MOSTI telah melancarkan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta beberapa program lain berkaitan," katanya selepas merasmikan program Pembudayaan STEM di Sekolah Menengah Sri Nangka, dekat sini, hari ini.

Seramai 30 pelajar SMK Sri Nangka, SMK Tamparuli dan SMK Tun Fuad Stemphens menyertai program anjuran syarikat pembekal teknologi tempatan, Sogud Sdn Bhd. Mengulas lanjut, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pihaknya bercadang membina Pusat STEM kebangsaan pada tahun hadapan bagi melatih guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik, antara lain bagi memastikan isu berkenaan.

" Tanpa kedua-dua subjuk itu, adalah mustahil negara kita mampu melahirkan graduan berkelulusan tinggi dalam bidang kejuruteraan, perubatan serta bioteknologi.

"Dengan adanya graduan yang berjaya dalam bidang sains, mereka pastinya mampu menghasilkan teknologi tinggi seterusnya memacu pembangunan Malaysia ke arah negara maju," katanya.

Beliau berkata, peranan ibu bapa juga penting dalam menerapkan minat anak mereka dalam bidang sains memandangkan sektor pekerjaan industri itu menawarkan peluang pendapatan yang tinggi.

KE MANA SELEPAS SPM?

Haluan selepas SPM sememangnya menjadi dilema kepada pelajar. Ramai dalam kalangan anda yang tidak tahu apakah pilihan laluan yang boleh diambil dan apa kepentingan laluan tersebut dalam menentukan masa depan anda. Jika ada yang sudah memilih pun, pastinya tertanya-tanya adakah keputusan SPM yang diperolehi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, adakah laluan tersebut akan memperolehi ijazah dengan cepat (fast-track), bagaimana dengan kos pengajian, apakah kelebihan dan risikonya, dari segi pengiktirafan bagaimana, struktur pengajian? serta pelbagai persoalan lagi.
Oleh itu, kami kongsikan kepada anda perbandingan untuk semua iaitu 8 laluan yang wajib diambil bagi melayakkan anda menyambung pengajian ke peringkat ijazah (degree) seterusnya dianugerahkan segulung Ijazah Sarjana Muda (degree). Perbandingan adalah dari segi struktur kursus, tempoh pengajian, sesi pengambilan, kos pengajian, penilaian gred, pengiktirafan, kelebihan, kelemahan dan syarat kelayakan.


SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

FOUNDATION (ASASI AWAM & SWASTA)

DIPLOMA

MATRIKULASI KPM

AMERICAN DEGREE TRANSFER PROGRAMME

Sudah memilih haluan yang dirasakan mempunyai lebih banyak kelebihan? Jika ya, kongsikan bersama rakan-rakan anda yang lain untuk manfaat bersama. 

Sumber : Afterschool.my