Friday, March 6, 2020

KENYATAAN MEDIA SPM 2019


LAPORAN ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM ) 2019

Analisa Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 berikut telah dikemaskini selepas keputusan SPM siumumkan pada 5 mac 2020.

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2019

Seramai 416,416 calon peperiksaan yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2019 di 313 pusat peperiksaan di seluruh malaysia. Pecahan senarai calon adalah seperti berikut :

  • 357,010 calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama bantuan Kerajaan
  • 8,320 calon sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM
  • 8,317 calon Sekolah Menengah Agama Negeri,
  • 2,209 calon Sekolah Agama Rakyat
  • 14,203 calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM
  • 26,357 calon persendirian
  • 8 mata pelajaran baharu telah diperkenalkan menjadikan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran ditawarkan.


Buat pertama kalinya, peperiksaan diadakan dalam dua Fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

Pencapaian Pelajar SPM 2019

Berikut adalah analisis pencapaian pelajar untuk peperiksaan SPM tahun 2019 seperti yang diumumkan oleh Ketua pengarah Pelajaran, Dr. Habibah Abdul Rahim :

  • Pencapaian calon bagi tahun 2019 adalah lebih baik berbanding tahun 2018. GPN tahun 2019 adalah 4.86 berbanding 4.89 pada tahun 2018 iaitu perbezaan sebanyak 0.03. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

  • Pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar meningkat bagi tahun 2019. Namun, pencapaian calon dibandar adalah lebih baik daripada calon diluar bandar. Perbezaan ini menyebabkan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar bertambah 0.01 pada tahun 2019 berbanding tahun 2018.

  • Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan iaitu 77,038 calon berbanding 74, 360 tahun 2018.

  • Seramai 8,876 daripada 389,498 calon memperolehi keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diambil.

  • Seramai 147,738 calon lagi mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan sebanyak 69 calon berbanding tahun sebelumnya.

  • 63.32% - Calon yang mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

  • 78.93% - Menguasai dua bahasa iaitu sekurang-kurangnya lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa INggeris.

  • Sebanyak 48 daripada 83 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, manakala 27 mata pelajaran mencatatkan penurunan.


Untuk mata pelajaran Teras

  • Bahasa Inggeris mencatakan peningkatan prestasi paling tinggi
  • Sains mencatatkan penurunan prestasi yang paling tinggi


Pensijilan SPM
  • Syarat pensijilan SPM mulai tahun 2013 menetapkan calon sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Pada tahun 2019 peratus calon yang layak menerima sijil SPM meningkat sebanyak 0.33% iaitu 86.72% (337,773 calon) berbanding 86.39% (338,350 calon) pada tahun 2018
  • Pensijilan Calon Berkeperluan Khas - Seramai 1,042 calaon berkeperluan khas (CBK) telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, seramai 61.34% CBK layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Soalan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan SPM sejak tahun 2014. Soalan KBAT menguji kepupayaan calon menggunakan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu

Secara keseluruhan, 56.00% calon SPM 2019 telah menguasai KBAT dengan baik berbanding 61.10% calon pada tahun 2018
  • 87.22 peratus calon menguasai kemahiran mengaplikasi,
  • 89.84 peratus menganalisis, 79.89 peratus menilai dan 89.91 peratus menguasai mencipta.


Prestasi Mata Pelajaran Teras

Naik
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Moral


Turun
  • Pendidikan Islam
  • Sains
  • Sejarah 
  • Matematik


Prestasi Mata Pelajaran Elektif

  • Elektif Sains & Matematik
  • Naik - Semua Mata Pelajaran
  • Kimia
  • Biologi
  • Sains Tambahan
  • Matematik Tambahan
  • Fizik


Elektif Agama
  • Naik
  • Bahasa Arab
  • Tasawwur Islam
  • Maharat Al-Quran


Turun
  • Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
  • Pendidikan Syarikah Islamiah
  • Hifz Al-Quran


Elektif Ikhtisas
Naik
  • Sains Rumahtangga
  • Sains Sukan
  • Ekonomi
  • Pertanian
  • Asas Kelestarian
  • Grafik Komunikasi Teknikal
  • Rekacipta
  • Perniagaan


Turun
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains Komputer


Elektif Teknikal
Naik
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal


Turun
  • Pengajian Kejuruteraan Awam

Tuesday, December 10, 2019

ORANG MUDA KURANG MINAT STEM


APA ITU REVOLUSI INDUSTRI 4.0

APAKAH YANG PERLU ANDA FAHAM ?

Industri keempat, Revolusi Keempat, Industri 4.0 atau Revolusi 4.0, semuanya adalah tentang perkara yang sama. Secara umumnya, ia melibatkan Internet Of Things (IOT) atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku diseluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.

Monday, June 10, 2019

TAK MINAT SAINS DAN MATEMATIK KERANA RASA 'TERBEBAN'

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

TUARAN : 'Terbeban' dikenal pasti antara faktor utama menyumbang kepada kurangnya penerimaan pelajar terhadap bidang sains dan matematik di sekolah. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau berkata sehingga kini sasaran sebanyak 60 peratus pembabitan pelajar sekolah menceburi bidang sains dan matematik di seluruh negara masih belum tercapai sejak ia mula disasarkan pada tahun 1967.

Beliau berkata, Laporan Sains Tahun 2015 merekodkan simptom kurang minat dalam kalangan pelajar menjadi pendorong utama kepada kekurangan daya tarikan terhadap dua mata pelajaran terbabit. "Pelajar merasakan susah atau terbeban mempelajari subjek berkenaan selain ibu bapa tidak nampak akan potensi bidang sains terhadap pembangunan negara pada masa depan.

"Untuk mengatasi perkara itu, pihak MOSTI telah melancarkan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta beberapa program lain berkaitan," katanya selepas merasmikan program Pembudayaan STEM di Sekolah Menengah Sri Nangka, dekat sini, hari ini.

Seramai 30 pelajar SMK Sri Nangka, SMK Tamparuli dan SMK Tun Fuad Stemphens menyertai program anjuran syarikat pembekal teknologi tempatan, Sogud Sdn Bhd. Mengulas lanjut, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pihaknya bercadang membina Pusat STEM kebangsaan pada tahun hadapan bagi melatih guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik, antara lain bagi memastikan isu berkenaan.

" Tanpa kedua-dua subjuk itu, adalah mustahil negara kita mampu melahirkan graduan berkelulusan tinggi dalam bidang kejuruteraan, perubatan serta bioteknologi.

"Dengan adanya graduan yang berjaya dalam bidang sains, mereka pastinya mampu menghasilkan teknologi tinggi seterusnya memacu pembangunan Malaysia ke arah negara maju," katanya.

Beliau berkata, peranan ibu bapa juga penting dalam menerapkan minat anak mereka dalam bidang sains memandangkan sektor pekerjaan industri itu menawarkan peluang pendapatan yang tinggi.